Laporan Tinjauan Harga Perjalanan 2019, mendedahkan hasil analisis terkini dari data penerbangan dunia Airlines Reporting Corporation (ARC) dan trend penginapan oleh Kumpulan Expedia, untuk mendedahkan betapa pentingnya faktor masa untuk menikmati atau memperolehi penjimatan yang secukupnya dalam pelan pelancongan anda.

Laporan itu turut menonjolkan bagaimana para pelancong yang pintar dapat mengandakan nilai sebenar wang mereka secara strategik bukan sahaja ketika menempah tiket penerbangan mereka, malah juga bila mereka peka memilih masa permulaan perjalanan mereka. Ia juga mendedahkan tren-tren celik pelancongan dimana rakyat Malaysia boleh menggunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.

Foto: WestJet

Tip-tip penjimatan dalam perjalanan yang berasaskan faktor masa untuk pelancong Malaysia termasuk:

  • Tempah pelancongan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.
  • Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi dan Premium/Bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%.
  • Jimat lebih dari 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.
  • Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas Premium/Bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.
  • Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu anda jika bermula dari hari Rabu, untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan, kadang-kadang lebih banyak diskaun dapat diperolehi jika ke destinasi perniagaan yang popular.

Chuck Thackston, Pengarah Urusan Data Sains di ARC mengatakan bahawa kira-kira tiga suku perjalanan, penjimatan boleh-ukur dapat diperolehi oleh pelancong yang melanjutkan perjalanan pada hari bekerja mereka dengan menambah satu hari penginapan pada malam Sabtu.

Foto: SmarterTravel

“Peluang penjimatan boleh-ukur ini dapat diperolehi dengan melanjutkan perjalanan pertengahan minggu hingga ke hujung minggu adalah satu penemuan baru kami dan ianya amat berharga bagi pelancong. Pemain-pemain industri telah membincangkan mengenai bleisure (perniagaan + masa lapang) sejak kebelakangan ini, tetapi kami telah dapat mengira jumlah penjimatan sebenarnya bagi para pelancong yang menggunakan konsep ini. Ia adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang suka melancong dan mereka seharusnya menggunakan konsep ini dalam rancangan perjalanan mereka, “kata Thackston.

Menerusi inventori Kumpulan Expedia sebanyak lebih daripada 1 juta hartanah yang ditawarkan, rakyat Malaysia boleh mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi menempah tiket penerbangan dan hotel mereka melalui Expedia.com.my, yang membolehkan mereka memperolehi penjimatan hotel yang lebih baik.

Memilih antara tambang asas dan kabin ekonomi yang lain

Walaupun para pelancong boleh menjimatkan wang dengan membuat tempahan tambang asas (iaitu, tambang dengan tempat duduk sahaja, tiada beg dan kemungkinan halangan yang lain), ianya amat berbaloi untuk memilih dengan lebih teliti. Sekiranya beg ditambah kepada tambang asas, jumlah kos perjalanan hampir melebihi harga ekonomi lain (iaitu, jika beg dimasukkan dalam kos tiket).

Memilih antara penerbangan terus atau penerbangan tanpa henti

“Kami mengambilkira penerbangan terus berbanding penerbangan sambungan untuk menafikan tanggapan bahawa penerbangan terus sentiasa lebih mahal.”

Kesimpulannya: Tidak betul. Banyak faktor lain yang diambilkira apabila syarikat-syarikat penerbangan menetapkan kadar tambang, jadi masa untuk penerbangan sambungan dan faktor kemudahan lain perlu dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan mengenai penerbangan terbaik untuk perjalanan anda, “kata Thackston.

Adakah pelancong perlu menangguhkan tempahan pelancongan jika harga minyak meningkat?

Jawapannya tidak. Apabila harga minyak dan/atau harga bahan api syarikat penerbangan udara meningkat, pelancong tidak perlu menangguhkan tempahan perjalanan mereka berdasarkan tanggapan bahawa tambang perjalanan mereka akan turut meningkat. Membandingkan harga komoditi dan tren harga tiket purata (ATP) selama beberapa tahun menunjukkan bahawa beberapa hari atau minggu selepas lonjakkan harga komoditi sebenarnya boleh menjadi penentu kos paling efektif untuk menempah tiket penerbangan, kerana sebarang kesan kenaikkan dan penurunan harga yang mungkin berlaku pada ATP, akan lebih cenderung terjadi dalam tempoh masa yang panjang.