Bulan Mac adalah masa yang sesuai untuk menerokai kehidupan kebudayaan Hong Kong, terutamanya dunia seni. Sepanjang bulan Mac, pelawat-pelawat ke bandar ini dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara kesenian dan kebudayaan di sekitar bandar, termasuk Art Basel Hong Kong dan Art Central yang terkenal di dunia, yang menyediakan peluang-peluang yang jarang berlaku untuk menikmati karya-karya seni terkenal dan pada masa yang sama beramah mesra dengan bintang-bintang seni.

Dan dengan pertambahan tempat-tempat kebudayaan terkini dan karya seni jalanan yang berkembang dalam beberapa bulan kebelakangan ini, peminat seni dan budaya pastinya akan mendapati Hong Kong adalah tempat yang sesuai dalam keasyikan suasana kesenian.

Muse mengenai seni antarabangsa di Art Basel Hong Kong dan Art Central

Bersedia untuk pesta visual yang mewah di Art Basel Hong Kong (29-31 Mac 2019) dan Art Central (27-31 Mac 2019), tumpuan pada bulan Mac ini.

Art Basel: Satu acara terkemuka di dunia yang menghubungkan pengumpul, galeri & artis dan menyokong peranan galeri dalam memupuk kerjaya artis

Kini pada ulang tahun ketujuh, Art Basel Hong Kong akan kembali ke Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong dengan 242 galeri dari 36 buah negara, 21 di antaranya yang baru untuk pameran itu. Juga mempunyai barisan yang kuat ialah Art Central, di mana lebih daripada 100 galeri akan mempamerkan seni dari seluruh dunia. Edisi kelima juga akan menampilkan persembahan yang teliti, pemasangan berskala besar, seni dan ceramah media baru.

Selain menghargai karya seni, pengunjung dapat menikmati pemandangan Victoria Harbour dan latar langit ikonik di pusat Central Harbourfront.

Daftar masuk ke hotspot kebudayaan baharu untuk mencipta sebahagian daripada sejarah

(Dari kiri) Kawasan kebudayaan baharu Tai Kwun dan Pusat Xiqu

Pelbagai tempat kebudayaan yang penting telah berkembang di bandar ini sejak 10 bulan lalu.

Salah satunya ialah Pusat Xiqu, yang dibuka pada bulan Januari tahun ini. Didedikasikan untuk pemeliharaan dan promosi opera Kantonis, Pusat Xiqu perlu diberi perhatian bukan hanya menjadi tempat pertama yang ditunggu-tunggu pembukaannya di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat tetapi juga untuk reka bentuk seni bina mengagumkan yang sesuai dengan unsur-unsur tradisional dan moden.

Dengan bentuk futuristik dan struktur keluli, bangunan lapan tingkat yang tersergam indah sebenarnya adalah satu representasi untuk tanglung tradisional Cina, dimana bahagian depannya dibentuk menyerupai tirai di atas pentas persembahan. Sambil menghayati seni bina, pelawat-pelawat digalakkan untuk merasaipengalaman menonton opera Kantonis sambil menikmati teh tradisional dan dim sum di Teater Rumah Teh.

The Mills: pelawat boleh belajar tentang sejarah industri tekstil Hong Kong dan merasai proses pemintalan-kapas secara manual menggunakan alatan pemintalan manual.

Satu lagi yang sering diperkatakan baru-baru ini ialah bandar The Mills, sebuah hub inovasi dan kebudayaan yang berubah dari sebuah kilang tekstil. Terletak di Tsuen Wan, bekas kawasan perindustrian itu kini merupakan daerah kediaman utama, The Mills meraikan hari keagungan dan meneruskan warisan 2 industri tekstil Hong Kong dengan memupuk bakat kreatif di bandar ini.

Di Pusat Warisan, Kesenian dan Tekstil (CHAT) yang akan dibuka pada bulan Mac, pelawat-pelawat boleh mengetahui sejarah industri tekstil Hong Kong dan landskap seni tekstil tempatan dan global terkini. Pengunjung dijemput untuk mengalami proses pemintalan-kapas secara manual dengan menggunakan alatan pemintalan manual di

Pameran Welcome to the Spinning Factory! CHAT. Bermula dari 16 Mac 2019, pelawat boleh menghargai pelbagai seni tekstil kontemporari yang dipaparkan di

Pameran Unfolding: Fabric of Our Life.

Satu lagi tapak warisan utama yang dikunjungi adalah Tai Kwun, salah satu projek revitalisasi warisan terbesar di Bandar ini yang mengambil masa sedekad dan HK $ 3.8 bilion untuk disiapkan.

Tiga monumen diisytiharkan ikonik kini menjadi sebahagian daripada destinasi kebudayaan yang menempatkan sebuah muzium seni kontemporari dunia, beberapa restoran dan butik yang paling bergaya di bandar ini.

Selain merakam dan mengagumi keindahan, seni bina dan reka bentuk kompleks, pelawat-pelawat yang datang semasa Bulan Kesenian Hong Kong boleh menikmati persembahan khusus-tapak percuma, pertandingan tarian bandar, tarian kemasyarakatan dan kontemporari, bengkel dan pertunjukan di program HKArtsFestival @ TaiKwun lebih dari dua minggu (2-10 Mac 2019).

Rakam kenangan di kawasan kejiranan yang terkenal untuk seni jalanan tempatan

Seni Shutter di sekitar Hong Kong yang dilukis oleh seniman muda untuk “HK Urban Canvas”

Pengalaman seni di Hong Kong tidak terhad kepada acara-acara dan diss tempat-tempat bebas. Di luar sana, seni telah menembusi kawasan kejiranan yang berlainan, dengan mengundang sifat ingin tahu bagi menerokai “muzium seni jalanan” ini.

Karya seni mural di “ARTLANE”

Bersiar-siar di Central, Sheung Wan dan “ARTLANE” terbaharu di kawasan hipster Sai Ying Pun, di mana mural oleh seniman tempatan dan luar negara boleh didapati di dinding bangunan lama dan tangga, anda akan dapat mengambil gambar di hadapan ramai Instafamous popular seni jalanan yang terkenal dan membuat pengikut anda cemburu; cari seni pengatup pintu di sekitar Hong Kong yang dilukiskan oleh seniman tempatan muda di bawah inisiatif yang dipanggil “HK Urban Canvas”, yang menggambarkan personaliti dan kisah unik di sebalik kedai-kedai tempatan; dan lihat kisah jalanan, kelainan yang menarik dan semua keistimewaan yang menjadikan Hong Kong satu tempat yang menarik.

Lebih daripada bertemu mata (dan kanta)

Patung Bruce Lee: Avenue of Stars adalah ruang nafas baru untuk seni, budaya & sinematografi

Mereka yang mencari lebih banyak pengalaman yang boleh dinikmati akan menemui terlalu banyak acara seni persembahan, yang paling penting adalah Festival Seni Hong Kong. Dengan sejarah lebih dari empat dekad, bonanza tahunan yang menampilkan opera, teater, muzik, tarian dan banyak lagi merupakan jantung kehidupan kebudayaan di bandar ini.

Old Town Central: Daerah kesenian dengan seni bandar yang besar, tempat-tempat seni (contohnya PMQ) & galeri (mis. Hollywood Road)

Pengunjung berpeluang untuk menikmati 166 persembahan dan lebih 300 pelbagai aktiviti yang menarik dan disertai oleh lebih daripada 1,700 artis dari seluruh dunia semasa program yang memakan masa selama 31 hari tahun ini (21 Februari – 23 Mac 2019).

Lawatan ke Hong Kong pada bulan Mac memberikan anda kepuasan lebih daripada sekadar gambar dan suapan yang menakjubkan, tempah perjalanan ke Hong Kong sekarang dan selami lautan seni dan khazanah budaya!

Untuk butiran lanjut, sila lawati www.discoverhongkong.com