Sepanjang 2018, Lembaga Pelancongan Hong Kong secara aktifnya telah memasarkan pelancongan Muslim dan memperkenalkan tawaran baru bagi menarik pasaran pelancongan halal. Bagi memulakan tahun baru ini, mereka telah mengambil langkah bukan hanya kepada pasaran yang telah disasarkan kepada masyarakat Muslim tetapi juga untuk mendidik mereka yang berkepentingan tentang ciri-ciri pelancong Muslim supaya semua pihak faham tentang cara yang lebih baik bagaimana untuk memenuhi keperluan orang Muslim.

Untuk memulakan inisiatif ini, HKTB baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Pelancongan Muslim untuk perniagaan Hong Kong dan rakan perjalanan bagi memahami keperluan pengembara muslim yang tipikal. Dianggarkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pemegang berkepentingan Hong Kong dari pelbagai industri dan persatuan seperti peruncit, F & B, pusat membeli-belah dan tempat tarikan berkumpul bagi mengetahui lebih lanjut tentang industri Muslim dengan rancangan untuk meneroka pasaran ini.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk melibatkan masyarakat Muslim, HKTB telah bekerjasama dengan platform perjalanan Muslim dalam talian untuk menghasilkan kandungan yang menonjolkan Hong Kong sebagai destinasi pilihan untuk pelancong Muslim. HKTB baru sahaja melancarkan senarai mesra Muslim yang mempunyai daya tarikan pelancongan, tempat makan halal dan kemudahan mesra Muslim di Hong Kong, supaya pelancong Muslim boleh menjadikan Hong Kong destinasi percutian kegemaran mereka tahun ini.

Pilihan makanan halal di Hong Kong

Tart telur halal dan makanan lain, di Chrisly Cafe Bakery Foto kredit: Have Halal, Will Travel

Pengunjung boleh menikmati budaya masakan Hong Kong yang unik di mana-mana pilihan halal yang menyajikan hidangan tempatan halal seperti pastri di Chirsly Cafe yang terkenal dengan bun nanas (bo lo bao) dan tart telur. Sekiranya anda ingin mendapatkan halal dim sum, cuma perlu pergi ke Kantin Pusat Islam yang mempunyai pelbagai hidangan dim sum seperti Siu Mai, Har Gow, Xiao Long Pao, pulut kukus dengan ayam dalam daun teratai dan banyak lagi.

Ocean Park Hong Kong
Foto Kredit: Have Halal, Will Travel

Tarikan utama telah ditambah baik bagi menarik pelancong Muslim Tempat-tempat menarik utama di Hong Kong telah ditambah baik untuk pelancong Muslim. Ocean Park, Hong Kong baru-baru ini telah memperolehi pensijilan halal untuk salah satu restorannya, Café Ocean yang menawarkan pelbagai hidangan Asia Tenggara. Selain itu, Hong Kong Disneyland menawarkan pelbagai pilihan makanan halal seperti Main Street Market, Mystic Point’s Explorer’s Club Restaurant, dan Tahitian Terrace di mana anda boleh menemui pelbagai masakan dari Korea, Jepun dan juga Indonesia.

Kereta Kabel Crystal Kabin, Ngong Ping 360
Foto kredit: Ngong Ping 360

Malah sesetengah hotel di Hong Kong Disneyland menyediakan makanan halal atas permintaan pelanggan. Sebaik sahaja anda telah menikmati makanan halal, pelancong Muslim boleh melaksanakan solat di bilik sembahyang bersebelahan Explorer’s Club. Satu lagi daya tarikan tempatan yang patut diambil perhatian adalah Ngong Ping, yang terkenal dengan kereta kabel Crystal Cabin serta ikonik Big Buddha yang merupakan tempat kegemaran untuk latar belakang foto Instagram anda.

Makanan jalanan di Hong Kong Disneyland
Foto kredit: Have Halal, Will Travel

Selain itu, Ngong Ping juga mempunyai restoran dengan pensijilan halal sendiri di Ebeneezer’s Kebab dan Pizzeria yang menawarkan pelbagai hidangan India dan Timur Tengah. Di samping itu, Hong Kong terus meningkatkan tawaran untuk Muslim bagi memastikan pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan.