AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli serendah RM28* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Alor Setar, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Langkawi serta RM88* dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Chiang Rai, Shantou, Guilin dan Shenzhen.

Tambang termasuk semua untuk ahli bagi penerbangan AirAsia X flights dari Kuala Lumpur ke Chongqing, Tianjin, Jeju, Melbourne dan Fukuoka pula boleh didapati daripada RM248* atau nikmati Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Gold Coast, Seoul dan Tokyo daripada RM798*.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 21 Januari hingga 4 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos 2019 to 4 Februari 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam berkata,

“Tahun Baru Cina adalah masa untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sahabat. Ia juga merupakan peluang keemasan untuk merancang percutian bersama-sama. Rebutlah tawaran yang memberikan lebih penjimatan ini untuk menerokai lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian kami.”

Selain itu, nikmati Kombo Tahun Baru Cina oleh Santan yang menyajikan nasi ayam mentega dan kuih tart nenas untuk hanya RM13 (kod penerbangan AK) atau RM18 (kod penerbangan D7), yang boleh didapati melalui pra-tempahan dalam talian untuk masa yang terhad sahaja.

Airsia turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus ke atas barangan AirAsia Duty Free yang terpilih di laman ourshop.com dari sekarang hingga 31 Januari 2019. AirAsia BIG juga menawarkan sebanyak ‘ang pow’ berupa 888 Mata Ganjaran BIG untuk ahli bertuah yang memuat turun dan daftar masuk ke aplikasi BIG Loyalty dari 3-10 Februari 2019 untuk menyertai permainan interaktif. Para ahli juga berpeluang untuk memenangi sehingga 88,888 Mata Ganjaran BIG.

Sempena musim perayaan ini, AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang, selain tiba lebih awal sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan. Bagi tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, kaunter perkhidmatan daftar masuk bagasi akan ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan. Bagi beg kabin pula, para tetamu hanya dibenarkan membawa satu beg kabin dan satu beg kecil, yang mana jumlah berat kedua-dua beg tidak melebihi 7kg.