Nak travel tapi tiket mahal? Ini berita baik kepada kaki Travel! Selama 3 hari sahaja, selebriti popular, Neelofa membuka tawaran kepada orang ramai untuk berpeluang membeli tiket penerbangan AirAsia, dengan diskaun sebanyak 17% . Promosi ini berlangsung untuk pembelian dari 3 hingga 5 Disember 2018.

Neelofa berkongsi berita baik ini di akaun Instagramnya bersempena dengan ulang tahun ke-17 AirAsia.

Menariknya, kod promo ini menggunakan namanya sendiri. Anda boleh membuat tempahan bermula hari ini sehingga 5 Disember 2018 dengan menggunakan kod promo LOFA17. Untuk makluman anda, Neelofa merupakan satu-satunya selebriti yang memiliki kod promo yang istimewa ini bersama AirAsia.